, ,

IT ; Menyambung Kembali Pautan Yang Rosak Pada Internet Download Manager

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Apa khabar anda semua? Harap anda sihat sejahtera. Hari ini saya akan kongsikan panduan yang mudah untuk anda manfaatkan sekiranya pautan dokumen yang anda ingin muat turun tergendala. Dalam erti kata lain,pautan anda rosak. Rosak yang dimaksudkan bukanlah bermakna pautan anda sudah hilang/dibuang daripada pelayan (server) mereka tetapi disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya:-
  • Perubahan protokol internet (IP). Ada sebahagian pelayan menyediakan fungsi jeda-sambung. Tapi,disebabkan perubahan IP maka fungsi ini tidak dapat digunakan dengan sebaiknya. 
  • Fail anda terhad untuk beberapa untuk jam. Ini biasanya terjadi pada laman perkongsian fail dimana mereka terhadkan penggunaan pelayan mereka hanya untuk beberapa jam. Contohnya,BillionUploads hanya membekalkan pelayan mereka digunakan untuk empat jam sahaja.
Daripada apa yang saya perhatikan dan alami bahawa kaedah ini tidak dapat digunakan untuk pelayan yang tidak menyokong fungsi jeda-sambung. Saya telah mencuba daripada beberapa pelayan antaranya, disk.yandex.com dan beberapa perkhidmatan lain. Cukup sekadar ini sahaja pembuka bicara kita. Kita teruskan kepada pembelajaran kita.

1. Pasang Internet Download Manager. Gunakan fungsi kotak carian pada laman OMG! Hackers ini untuk dapatkan perisian IDM sekiranya anda belum memilikinya.

2. Apabila anda ingin menyambung kembali fail yang anda ingin muat turun. Anda dapati anda menerima amaran seperti di bawah. Klik OK.

3. Sesudah anda klik OK. Anda diminta untuk menunggu beberapa saat. 

4. Pelayar web anda dibuka dan anda dibawa kembali kepada pautan lama anda. Saya memuat turun video jadi ini halaman yang saya akan dapat kembali. Jika anda memuat turun fail,caranya sama sahaja. Anda boleh terus salin dan tampal pautan yang baru. [Rujuk no. 9].

 5. Sekiranya pautan yang anda ingin muat turun berformat video,maka anda perlu memilih. Saranan saya "Download Later"

6. Semua penjasan ada pada gambar. Lihat nombor sahaja.

7. Semua penjelasan ada pada gambar.

8. Semua penjelasan ada pada gambar. Lihat nombor sahaja.

9. Penjelasan ada pada gambar.

10. Klik ikon sambung (resume).

 11. Lihatlah hasilnya. Kini anda sudah dapat menyambung kembali pautan anda yang tergendala.

Sekiranya anda menghadapi kekeliruan. Sila jelaskan kekeliruan anda pada ruangan yang disediakan.

Sekian. Assalamualaikum

About