Masjid Agung Xi’an terletak berhampiran Menara Gendang (Gu Lou) di Lorong Huajue di Xi’an, provinsi Shaanxi, China, adalah salah satu masjid tertua dan terkenal di negara itu.Masjid ini adalah sebuah kompleks Islam yang terdiri dari dewan solat, tempat wuduk, pejabat, rumah tetamu, bilik mesyuarat, menara peninjau dan lain-lain lagi. Ia adalah satu contoh fungsi masjid yang berbagai dan bukan semata-mata dewan solat.
Masjid ini telah didirikan sejak 1250 tahun lalu, binaannya masih kukuh dan dipelihara dengan baik.
Terdapat batu bersurat dan batu-batu nesan lama di sini. Kubur salah satu syiar Islam, sebab itu kubur orang Islam akan terbeza dengan kubur orang bukan Islam. Jika terdapat perkuburan Islam, maka orang terkemudian akan dapat mengetahui bahawa pernah wujud umat Islam di tempat tersebut.
Kalau masjid di Malaysia, masjid kebiasaannya akan dihiasi dengan ayat-ayat al-Quran yang dibuat dari batu mar-mar, di sini, ayat al-Quran dipahat pada kayu dan berada di dinding masjid.
Masjid Xi’an ini dibuat dari kayu yang kuat dan telah berumur 1250 tahun. Bayangkan berapa ramai orang telah merebahkan dahinya untuk menyembah Allah di sini dan berapa banyak pahala generasi pertama yang mengusahkan agar masjid ini terbina. Orang Islam memainkan peranan penting di Xi’an ini terutamanya di dalam Dinasti Ming dan Dinasti Qing sehingga ada kajian yang menyatakan bahawa Maharaja Dinasti Ming adalah Islam.
Sesungguhnya, masjid adalah syiar Islam dan di mana sahaja kita berada, barang pertama yang perlu kita wujudkan adalah masjid. Di dalam hadis, Nabi SAW bersabda:- “Barang siapa yang mendirikan masjid kerana Allah, maka Allah akan mendirikan baginya rumah-rumah di syurga”.