Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Apa khabar anda semua? Harap anda sihat sejahtera. Hari ini saya akan kongsikan panduan yang mudah untuk anda manfaatkan sekiranya pautan dokumen yang anda ingin muat turun tergendala. Dalam erti kata lain,pautan anda rosak. Rosak yang dimaksudkan bukanlah bermakna pautan anda sudah hilang/dibuang daripada pelayan (server) mereka tetapi disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya:-
  • Perubahan protokol internet (IP). Ada sebahagian pelayan menyediakan fungsi jeda-sambung. Tapi,disebabkan perubahan IP maka fungsi ini tidak dapat digunakan dengan sebaiknya. 
  • Fail anda terhad untuk beberapa untuk jam. Ini biasanya terjadi pada laman perkongsian fail dimana mereka terhadkan penggunaan pelayan mereka hanya untuk beberapa jam. Contohnya,BillionUploads hanya membekalkan pelayan mereka digunakan untuk empat jam sahaja.
Daripada apa yang saya perhatikan dan alami bahawa kaedah ini tidak dapat digunakan untuk pelayan yang tidak menyokong fungsi jeda-sambung. Saya telah mencuba daripada beberapa pelayan antaranya, disk.yandex.com dan beberapa perkhidmatan lain. Cukup sekadar ini sahaja pembuka bicara kita. Kita teruskan kepada pembelajaran kita.

1. Pasang Internet Download Manager. Gunakan fungsi kotak carian pada laman OMG! Hackers ini untuk dapatkan perisian IDM sekiranya anda belum memilikinya.

2. Apabila anda ingin menyambung kembali fail yang anda ingin muat turun. Anda dapati anda menerima amaran seperti di bawah. Klik OK.

3. Sesudah anda klik OK. Anda diminta untuk menunggu beberapa saat. 

4. Pelayar web anda dibuka dan anda dibawa kembali kepada pautan lama anda. Saya memuat turun video jadi ini halaman yang saya akan dapat kembali. Jika anda memuat turun fail,caranya sama sahaja. Anda boleh terus salin dan tampal pautan yang baru. [Rujuk no. 9].

 5. Sekiranya pautan yang anda ingin muat turun berformat video,maka anda perlu memilih. Saranan saya "Download Later"

6. Semua penjasan ada pada gambar. Lihat nombor sahaja.

7. Semua penjelasan ada pada gambar.

8. Semua penjelasan ada pada gambar. Lihat nombor sahaja.

9. Penjelasan ada pada gambar.

10. Klik ikon sambung (resume).

 11. Lihatlah hasilnya. Kini anda sudah dapat menyambung kembali pautan anda yang tergendala.

Sekiranya anda menghadapi kekeliruan. Sila jelaskan kekeliruan anda pada ruangan yang disediakan.

Sekian. Assalamualaikum

IT ; Menyambung Kembali Pautan Yang Rosak Pada Internet Download Manager

Ubuntu 13.04: Hebat atau Membosankan?

Ini adalah persoalan pokok bagi mereka yang sedang berada dipersimpangan, tak tahu 'arah mana hendak dituju'. Masalah dengan distribusi Linux bukan terletak kepada 'betapa sukarnya ia untuk diguna', tetapi adalah terletak kepada distribusi dan terbitan-terbitan dari distribusi tersebut.

Apabila terlalu banyak pilihan, maka perkara yang sukar bukan lagi kaedah penggunaannya, tetapi adalah pada apakah pilihan yang harus dilakukan. Maka disitu Ubuntu 13.04 tersepit, hendak diguna atau tidak, hendak diuji cuba atau abaikan saja.

Setelah beberapa lama saya 'bermain' dengan live USB, saya dapat rasakan Ubuntu 13.04 adalah...

Ubuntu 13.04: Satu Sebab Untuk Menyintai Menyukai dan Membenci

Sebab Untuk Menyukai (Pro):

Ubuntu 13.04 adalah sangat cantik dan kemas. Seperti kata pepatah Inggeris, 'Beauty is in the eyes of the beholder', maka terpulang bagaimana cara mata anda menafsirkannya, namun saya sangat sukakan paparan Ubuntu 13.04. Hasil akhir kali ini tidak menghampakan.

Tak lupa juga aplikasi Unity Tweak Tool boleh dipasang secara terus melalui Ubuntu Software Center. Ini membolehkan pengguna termaju (advance user) untuk melakukan konfigurasi terhadap persekitaran desktop Unity.

  

Sebab Untuk Membenci (Kontra):

Malangnya tidak semua yang cantik itu membahagiakan. Kalau anda suka dengan versi 12.04, iaitu versi LTS, dan selesa dengannya, maka saya sarankan anda kekal dengan sistem operasi tersebut.

Ini adalah kerana Ubuntu 13.04 sememangnya cantik di mata, namun di hati belum tentu. Hati saya boleh kata 'berbulu' sepanjang saya menguji cubanya disebabkan bugs yang menjengkelkan. Ada masa animasi transition tetingkap tersekat, seperti gambar di bawah:



Berkenaan dengan prestasi, mulanya saya hanya mencuba ia pada PC yang dilengkapi dengan RAM sebanyak 512MB dan juga 1GB. Ternyata Ubuntu bukan lagi Ubuntu 'yang dulu', iaitu yang dicipta untuk melengkapi PC-PC lama. Kini ia mengorak langkah menuju ke arah sistem operasi moden yang juga memerlukan peranti moden, dengan spesifikasi terbaik.

Buktinya? Saya telah pun menguji cuba ia pada Laptop Lenovo G480, dengan RAM sebanyak 6GB dan pemproses Intel® Core™ i5-3210M, namun masalah animasi transition 'minimize' tetingkap yang tersekat masih lagi berlaku. Ia seolah 'hang' tanpa punca munasabah.

Pasang atau Tidak?

Nampaknya tidak ada jalan mudah mendapatkan kebahagiaan. Saya teringat kata pepatah, 'Di saat kamu mahu melepaskan sesuatu, ingatlah disaat-saat sukar ketika kamu hendak mendapatkannya!'. Begitulah jua ibaratnya hubungan saya dengan Arch Linux!

Saat permulaan untuk memasang, mengkonfigurasi dan menyiapkan persekitaran desktop Arch Linux bukan kerja mudah, seperti mudahnya menyiapkan konfigurasi distribusi Ubuntu. Tetapi untuk 'melepaskan' ia pergi demi sesuatu kecantikan yang baru, bukan juga kerja mudah! Arch Linux sangat memuaskan hati, sama ada dari segi pengubahsuaian mengikut kehendak sendiri (cuztomization) mahupun dari segi prestasi, masih tidak ada sebab untuk saya beralih kepada distribusi lain.

Selagi Ubuntu belum perbaiki bugs, belum menambah kelancaran prestasi dan juga belum membenarkan para pengguna untuk mengubahsuai ia ke tahap maksimum, maka selagi itulah saya belum berminat untuk kembali menggunakannya.

Jadi jawapan saya, hmmm.. mehhh...

IT ; Ubuntu 13.04: 'Wow' atau 'Mehhh...'?

Seseorang boleh mengetahui dengan mudah setiap perincian maklumat mereka yang telah menceroboh PC masing-masing dengan memasang keylogger di PC sendiri. Keylogger (Keyboard Logger), seperti yang diketahui akan merakam setiap apa yang ditaip pada papan kekunci, jadi apa jua maklumat mereka yang menggunakan PC anda akan dapat diketahui.

Namun, kelemahan keylogger ialah ia menggunakan sumber dari PC anda (RAM, CPU) dan ini boleh menyebabkan prestasi PC anda menjadi berkurangan. Bagaimana jika anda tidak mahu merakam aktiviti 'penceroboh' PC anda, tetapi cukup sekadar anda 'dimaklumkan' sahaja mengenainya?

Di sinilah mouselock boleh membantu. Ia berfungsi dengan cukup mudah. Anda cuma perlu buka laman webnya, kemudian log masuk menggunakan akaun Google anda:
 

Pilih mana-mana nombor untuk dijadikan sebagai 'kod rahsia' anda (jangan lupa pula!):


Setelah itu, halakan anak panah anda kepada slot di tengah-tengah tersebut dan klik padanya:


Apabila seseorang cuba menggunakan PC anda 'tanpa kebenaran', dan dia tidak dapat meneka nombor yang sepatutnya dalam masa yang beberapa saat, Mouselock akan bertindak dengan menghantar e-mel untuk memaklumkan kepada anda aktiviti tersebut:




Kalau hendak trik ini lebih berkesan, gunakan pelayar web dalam mod skrin penuh sebelum meninggalkan PC anda kepada pengawasan Mouselock, supaya ia tidak kelihatan digunakan hanya melalui pelayar web.

Tak lupa juga Mouselock boleh menggunakan kamera web anda untuk menangkap gambar 'penceroboh' PC anda. Saya tak pasti sama ada gambar itu akan dihantar ke e-mel anda tetapi setakat yang telah saya cuba, tiada gambar yang telah dihantar meskipun ia telah diambil dari kamera web.

Kelemahan trik ini ialah, anda tidak akan dapat tahu siapa yang menggunakan PC anda (melainkan anda menggunakan pengawasan kamera), apa yang telah dilakukan olehnya, dan jika mereka yang tahu mengenai Mouselock ini dijalankan melalui pelayar web, mereka hanya perlu tekan kekunci Ctrl + W sahaja untuk menutupnya sebelum kiraan masa berakhir. Hahaha..
websitenya disini  :mouselock

IT ; Ketahui Pencerobohan PC Anda

Hari ni saya cuma ingin berkongsi koleksi e-book, nota dan apa sajalah yang sama waktu dengannya berkaitan hacking dan cracking. Ini semua saya telah kumpulkan kerana minat yang mendalam terhadap hacking ini. Walaupun semuanya dalam bahsa inggeris, saya harap anda dapat menggunakannya dengan sebaiknya. Tetapi backtrack tu saya yang catat sendiri kat notepad. Hee. Orang noob la katakan. Terdapat beberapa buku yang popular seperti The Hackers Underground Handbook, Hacking Exposed dan sebagainya. Selain itu terdapat juga e-book yang berkaitan dengan sql injection, DDOS, Blind Sql Injection dan banyak lagi la. Tetapi kebanyakkannya berkaitan bagaimana untuk menjadi hacker la.

Untuk pengetahuan anda, e-book yang ditulis oleh Arya Putra aka Mr. Hac juga ada dalam tu, judulnya Anonymous Surfing Ciri Utama Penggodam. Tetapi saya punya versi lama la. Versi baru anda boleh dapatkannya di sini. 


Ini adalah link untuk memuat turun fail rar tersebut. Saiznya adalah 62MB. Selamat memuat turun dan menuntut ilmu.
muat turun disini: abg saki.rar

IT ; Koleksi Ebook Hacking

                         
Jika anda salah seorang pengemar peranti Android, tentu sekali anda pernah mencuba aplikasi ini. Bagi sesiapa yang tidak pernah memasang atau pun mencuba aplikasi Viber, antara fungsi-nya ialah permesejan, menelefon, berkongsi gambar dan juga video. 

Sama seperti servis pemesejan lain seperti Vodoo, Viber juga menetapkan syarat iaitu kedua-dua pihak mestilah mempunyai Viber dipasang pada mereka jika tidak, cas lebihan akan dikenakan bagi setiap saat.

Aplikasi menarik yang dilepaskan selepas kehadiran servis pemesejan nombor satu dunia iaitu Whatsapp, kini sudah mencecah 200 juta pengguna di seluruh 196+ negara pada akhir bulan pada tahun 2012. Pada tahun 2013 pula, Viber Media Inc. menambah lagi 8 bahasa menjadikan bilangan negara mengikut pengguna bertambah ke 204+ buah negara.

Viber versi Desktop ini memudahkan pengguna untuk merakam video atau berkongsi gambar. Mereka hanya perlu rakam dan file video tersebut akan berada di dalam directory tertentu. Skype, sebuah syarikat besar yang memudahkan kita untuk berhubung dengan orang lain kini mendapat tentangan hebat kerana hadirnya Viber versi Desktop ini. 

Tak mau kata apa dah, anda semua patut memasang aplikasi ini pada komputer perseorangan mahu pun komputer riba anda.

Dapatkan Viber versi Desktop di pautan ini:  VIBER DEKSTOP VERSION

IT :Viber Versi Dekstop


salam kepada pemba citer copy...

Tahukah anda, terdapat 7 waktu yang kita tak digalakkan untuk minum air. Jika boleh, anda cubalah elakkan. Tapi, kenapa plak agaknya anda tak digalakkan minum pada waktu-waktu tersebut? Tak lain dan tak bukan adalah bagi memelihara tubuh badan anda agar sentiasa berada pada tahap terbaik.

7 waktu yang saya maksudkan tu adalah:

1. Sebaik saja bangun tidur. Tapi anda memang digalakkan minum dulu air kosong sebelum bersarapan.

2. Selepas keluar dari bilik mandi atau tandas.

3. Selepas memakan buah-buahan.

4. Selepas bersenam, beriadah ataupun melakukan kerja-kerja berat. Kalau nak minum gak, tunggulah selepas beberapa ketika. Ataupun rehat sekejap, lepas tu barulah minum (saya paham sangat keadaan anda masa nie).

5. Sewaktu tengah makan.
Senang kata, cuba elakkan makan berulam air. Mengikut kata orang, tabiat inilah yang mengakibatkan perut buncit.

6. Sebelum atau sesudah makan.
Tapi anda boleh minum baik dalam jangka waktu 30 minit sebelum makan ataupun 30 minit selepas makan.

7. Selepas melakukan persetubuhan dengan pasangan.
Mudah-mudahan anda boleh mengikuti petua di atas. Mula-mula mungkin susah sikit kot. Tapi, lama-kelamaan ia pasti akan sebati dengan diri anda.

Sebagai permulaan, cuba anda amalkan selama 21 hari berturut-turut dulu. Lepas 21 hari, saya yakin anda pasti rasa lebih mudah untuk mengikutinya.

Selamat Mencuba!
Lagi tips menarik di sini

Kesihatan : Elakkan Minum Air Pada 7 Waktu Ini

533826_616298391732123_335537736_n
Tapi jangan risau, di Malaysia kita ada Lembughini. Hahaha!

Lawak Giler : Lamborghini dan ferrari yang sebenar!!

Penjara-New-Jersey
Lagi gambar..
Penjara-New-Jersey
Penjara-New-Jersey
Penjara-New-Jersey
Percaya atau tidak, itulah hakikatnya.

Info Menarik : Menu Makanan Di Penjara New Jersey

Ini adalah yang kami gelarkan “Surat Cinta” yang diambil dari perkongsian di Facebook dan ditujukan kepada semua pemandu kereta di Malaysia terutamanya yang seumur hidupnya hanya memandu kereta dan tidak pernah sekali pun merasai pengalaman menunggang motosikal.
Penunggang Motosikal,
Seluruh Negeri,
Malaysia.
_____________________________________________________
Pemandu Kenderaan 4 tayar dan ke atas,
Seluruh Negeri,
Malaysia.
Tuan/Puan
Saya mewakili penunggang motorsikal seluruhnya ingin berpesan dan berkongsi kepada pemandu-pemandu kereta yang tidak pernah berpengalaman menjadi penunggang motorsikal atau yang tidak memahami perasaan menjadi penunggang motorsikal bahawa:
Kami berhak menunggang motorsikal di dalam lorong utama. Bukan hanya menunggang di lorong kecemasan. Kerana kami juga bayar cukai JALAN. Bukan cukai LORONG KECEMASAN. Tidak perlu bunyikan hon atau nyalakan lampu tinggi kepada kami.
2) Jika pemandu kereta ingin memotong kereta di hadapan, dan ada penunggangmotor di laluan bertentangan, kami layak di hormati. Jangan memotong dengan tanggapan bahawa kami kecil dan boleh mengelak.
3) Di kawasan sesak, tolong lihat belakang dan sisi terlebih dahulu sebelum menukar lorong, sebab yang parah bukan anda tapi kami.
4) Penunggang motorsikal seperti kami BUKAN mat rempit. Kami layak dihormati sama seperti orang lain.
5)Kepada pemandu kereta yang merokok, jangan sesuka hati mencampakkan puntung rokok ke luar tingkap. Perhatikan dahulu jika ada penunggang motorsikal atau pengguna jalanraya yang lain. Puntung rokok yang masih berbara itu berkemungkinan termasuk ke dalam pakaian penunggang motorsikal dan membahayakan kami.
6) Jangan hina kami hanya kerana kami menunggang motorsikal. Allah dah turunkan rezeki masing-masing. Tak perlu berbangga dengan harta dunia.
Sekian.

Lawak Giler : Surat Penunggang Motosikal Kepada Pemandu Kerata



20130512-004218.jpg

Doktor ni mengatakan secara ringkasnya mereka yang tergerak untuk mengambil gambar makanan untuk dipaparkan di laman sosial memiliki masalah mental. Adakah anda tergolong di dalam golongan tersebut? Atau doktor tersebut yang mental kerana rasa terganggu melihat kegiatan pengguna laman sosial lain yang telah menjadi perkara biasa?

Info Menarik : Ambil gambar makanan adalah sakit mental

Bangunan tinggi di Hong Kong kini telah menjadi antara gambar yang paling kerap diambil di dunia. Ini kerana keunikkan serta kecantikkan bangunan tersebut. 






Tempat Menarik : Pandangan Bangunan Tinggi Di Hong Kong Dari Pelbagai Sudut

ohtidak-telur
Lagi gambar..
ohtidak-telur
ohtidak-telur
ohtidak-telur
ohtidak-telur
ohtidak-telur
ohtidak-telur
ohtidak-telur
ohtidak-telur
ohtidak-telur

ohtidak-telur
ohtidak-telur
ohtidak-telur
+ Thanks freez.

Lawak Giler : Jika Telur Mempunyai Perasaan..

About