Bulan lepas, Turbo Granny dari Jepun telah memecahkan rekod dunia pecut 100 meter bagi kategori 90 tahun keatas. Rekod tersebut telah dipecahkan di 30th Kyuushu Masters Athletics Championship Series pada 28 Julai lalu. Nenek yang bernama Mitsu itu telah menghabiskan larian 100 meter dalam masa 23.8 saat.
Showing posts with label Sukan. Show all posts
Showing posts with label Sukan. Show all posts
Jika anda diminta untuk menyenaraikan best 11 football players of all time ataupun 11 pemain bola sepak kegemaran anda, siapakah yang bakal anda pilih? Ty Palmer, seorang illustrator mempunyai senarai pemain kegemaran beliau sendiri dan ianya digambarkan melalui koleksi lukisan yang menarik ini.
Koleksi poster yang diberi nama 11 Series ini menampilkan 11 pemain kegemaran Ty Palmer yang diberi nombor 1 hingga 11, dari posisi penjaga gol hinggalah striker. Palmer yang meminati sukan bola sepak berhasrat untuk mengabadikan barisan pemain 'genius' di dalam lukisan beliau.
Setiap poster dilukis dengan warna mengikut lambang atau jersi pemain masing-masing dan stadium ikonik bagi setiap pemain digabungkan bersama sebagai latar belakang. Menampilkan pemain-pemain lama seperti Pele, George Best dan Franz Beckenbauer hinggalah yang masih bermain ketika ini seperti Cristiano Ronaldo dan Steven Gerrard. Ini adalah barisan 11 pemain sepanjang zaman kegemaran beliau
Sukan : Lukisan Psoter 11 Pemain Bola Sepak Sepanjang Zaman
Basikal yang digerakkan tanpa rantai yang sangat canggih dan kelihatan awesome ini adalah merupakan rekaan dua orang designer bernama Edward Kim dan Benny Cemoli. Bukan sahaja reka bentuknya yang kelihatan sofistikated dan awesome, malahan basikal ini dilengkapkan dengan teknologi moden dan canggih.
Diberi nama INgSOC, basikal tanpa rantai ini digerakkan dengan teknologi hybrid iaitu gabungan tiga janaan kuasa, iaitu battery-powered, battery assists dan battery charge mode, di mana bateri digerakkan dengan gerakan pedal. Dari segi reka bentuknya, ianya dibina dengan gabungan bantuk aerodinamik dan pemanduan flexible.
Rangka basikal ini pula dibina menggunakan bahan polimer yang diperkuatkan dengan carbon fibre, menjadikannya sangat ringan. Antara ciri lain yang dipasang adalah dock untuk mengecas iPhone ketika mengayuh basikal. Why always iphone?
Sukan : Basikal Tanpa Rantai Yang Sangat Moden Dan Canggih
Usain Bolt kalah mengejut kepada Justin Gatlin dalam acara 100m, Diomand League
Usain Bolt kalah mengejut kepada Justin Gatlin dalam acara 100 meter di Rom. Juara Olimpik itu kalah selepas membuat 'permulaan sempurna' dan tidak dapat mengalahkan Gatlin, yang memenangi pingat gangsa di belakang Bolt dalam acara 100m di London. Ia adalah kekalahan pertama Bolt di Diamond League acara 100m sejak dia dikalahkan oleh Tyson Gay di Stockholm pada tahun 2010.
Namun dia bertekad akan mempunyai masa untuk mendapatkan stamina dan bersedia untuk menang dalam Kejohanan Dunia di Moscow ogos ini. Gatlin, yang telah dua kali diuji positif dadah dan diharamkan dari menyertai larian, menang dengan catatan 9.94 saat. -AP
Read more: Usain Bolt kalah mengejut kepada Justin Gatlin dalam acara 100m, Diomand League | Lulu pages http://lulu-pages.blogspot.com/2013/06/usain-bolt-kalah-mengejut-kepada-justin.html#ixzz2VWn9bydm
Sukan : Usain Bolt kalah mengejut kepada Justin Gatlin dalam acara 100m, Diomand League
Sebuah pertandingan bolasepak di liga Madagaskar sehingga sekarang masih memegang rekod jumlah gol terbanyak yang dijaringkan dalam satu pertandingan bolasepak.
Juara Madagaskar yang baru dinobatkan pada masa itu, AS Adema, mengalahkan musuh tradisi mereka, Stade Olympique I’Emyrne, dengan jumlah 149 : 0 dalam pertandingan liga nasional division teratas!
Tapi, jangan salah sangka Stade Olympique sebenarnya tidak selemah begitu sehingga kena ayam-ayam dengan AS Adema camtu jer.
Ia sebenarnya bukan kemampuan luar biasa AS Adema yang menghasilkan gol sebanyak itu. Ini kerana para pemain Olympique sendiri yang sengaja menghasilkan satu demi satu gol ke gawang mereka sebagai protes atas keputusan pengadil.
Radio Madagaskar masa itu melaporkan bahawa pemain Olympique mula memasukkan bola ke gawang mereka sendiri setelah jurulatih mereka (Ratsimandresy Ratsarazaka) bertengkar dengan pengadil.
Penonton yang diwawancarai oleh radio tersebut mengatakan bahawa setelah pertengkaran antara jurulatih Olympique dan pegawai pertandingan di tepi padang, para pemain Olympique terus menghalakan bola ke gawang mereka sendiri sehingga gol. Setelah itu kick off lagi, dan gol sendiri lagi. Demikian seterusnya sehingga gol yang dijaringkan 149 : 0.
Para pemain Adema hanya berdiri di padang dengan hanya menyaksikan lawan mereka menjaringkan gol sendiri. Juruhebah dari radio mendakwa, hasilnya adalah sebuah rekod dunia baru dalam jumlah jaringan gol pertandingan bolasepak division satu di suatu negara.
Olympique Malagasi adalah juara liga Madagaskar tahun 2001 yang juga mencatatkan prestasi mengejutkan pada kelayakan pusingan kedua Liga Champions Afrika pada masa itu (2002). Pertandingan hangat ini juga berlangsung pada tahun yang sama.
Nama-nama pemain yang membuat 149 gol sendiri tersebut tidak disebut, namun empat orang dari kelab SOE yang bertanggungjawab pada aksi tersebut adalah kaptennya sendiri Mamisoa Razafindrakoto, penjaga gol Dominique Rakotonandrasana, Manitra Andrianaina, dan Rakotoarimanana Tolojanahary yang akhirnya diberi hukuman berat oleh Madagascar FA.
Ketua Pasukan Olympique, Mamisoa Razafindrakoto
Pertandingan yang seolah-olah menjadi perlawanan lawak dan ditambah lagi dengan kemarahan penonton yang hadir pada pertandingan tersebut meminta wang ganti rugi mereka .
Apa pun mereka dah melakar rekod dunia!
Sukan : Gol Terbanyak Dunia
Subscribe to:
Posts (Atom)









































