Showing posts with label Kenderaan. Show all posts
Showing posts with label Kenderaan. Show all posts
Pengunjung di Pameran Kereta Frankfurt boleh melihat dengan jelas sistem keselamatan termasuk sensor, sistem brek dan beg udara pada model sedan itu yang biasanya tersembunyi di sebalik panel kereta biasa. Menurut TRW Automotive, kereta itu turut dilengkapi sistem tali pinggang keledar baru yang boleh bertindak balas mengikut situasi pemanduan selain mengelakkan pemandu beralih dari kedudukan mereka jika berlaku kemalangan, sekali gus mengurangkan risiko kecederaan lebih teruk.

Ketua Pegawai Eksekutif TRW, John Plant memaklumkan ciptaan kereta itu juga adalah sebahagian daripada usaha mereka untuk mengurangkan kadar kematian akibat nahas jalan raya di seluruh dunia.

"Beberapa fungsi lebih canggih termasuk sistem sokongan kecemasan pada kereta ini akan diperkenalkan pada masa hadapan," jelasnya lagi.



KENDERAAN : PELANCARAN KERETA LUTSINAR PERTAMA DI DUNIA

Di Dubai modifikasi kereta ialah antara benda yang dilakukan oleh orang kaya untuk memberi kelainan kepada kereta milik mereka. Sebuah Nissan Patrol diubahsuai dengan lokasi penumpang dan pemandu diterbalikkan. Kini pemandu duduk di bahagian belakang manakala penumpang duduk di hadapan. Ianya sebenarnya useless tetapi ianya juga original. Mana ada kereta yang seunik ini di dunia.  





Laporan asal OddityCentral

KENDERAAN : MODIFIKASI KERETA PALING PELIK DI DUBAI


Pihak Tentera Kudeta (rampasan kuasa) sendiri turut melakukan pembunuhan beramai-ramai tentera yang menolak perintah untuk membunuh semua penunjuk perasaan.

Sumber media melaporkan tentang hukuman oleh unit khas As-Sisi yang terlibat secara peribadi dalam barisan tengah tentera Mesir melakukan proses hukuman besar-besaran menangkap mana-mana askar atau pegawai yang bersimpati dengan rakyat Mesir atau tidak menembak penunjuk perasaan secara aman.- baca berita lengkap di Pejuang Keadilan
Tidak cukup dengan itu, Sisi turut membunuh saudaranya yang bernama Khalid Lutfy al-Sisi. Khalid adalah anak lelaki Ust. Hazin Luthfi Abdul Aziz Abdurrahman Assisy.

“Ya, anak saya tebunuh oleh tentera,” ujar Hazin.

Kepastian itu sudah diperolehinya bahawa, Khalid Lutfi memang terkorban di Rab’ah atau mungkin di Nahdhah.

“Atas dasar ini, saya tidak terima Abdel Fatah al-Sisi sebagai keluarga, kerana dia adalah penghianat, pembunuh, dan insyaAllah akan mendapatkan azab yang kekal dari Allah swt!” tutur Hazin geram di youtube.

Tak lupa, Hazin juga berdo’a semoga Allah memberikan kesabaran kepada semua rakyat Mesir dan seluruh keluarga korban yang meninggal akibat kekejaman al-Sisi.

BERITA TERKINI EGYPT / MESIR : Sisi bunuh tenteranya yang enggan membunuh rakyat

Epitome ialah konsep kenderaan berprestasi tinggi pertama dari Laraki Motors. Laraki Motors dimiliki oleh Abdussalam Laraki, seorang pereka kapal layar mewah yang berasal dari Maghribi. Beliau mahu mengembangkan sayap perniagaan beliau dengan mereka kenderaan pula. Epitome diperbuat daripada gentian karbon dan diperkasakan enjin V8 7 Liter dengan 1750 kuasa kuda. Keunikan Epitome ialah ia dilengkapi dua tangka minyak. Satu tangki untuk minyak petrol biasa manakala sebuah lagi untuk minyak dengan tahap Oktana yang lebih tinggi. Jika pemilik Epitome mahu memecut dengan lebih laju beliau boleh menukar sumber minyak dengan menekan sebuah butang. Harga sebuah Epitome adalah USD 2 Juta (RM 6.6 Juta) sebuah. 




Laporan asal Autoblog

KENDERAAN : KERETA 1750 KUASA KUDA

Pelancaran model terbaru Proton, Proton Suprima S yang disempurnakan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad di Matrade Exhibition and Convention Centre, di Kuala Lumpur. Berikut spesifikasi penuh Proton Suprima S serta beberapa gambar sekitar majlis pelancarannya sebentar tadi:


Harga: 

Proton Suprima S 1.6 Executive (metallic) RM76,688 

Proton Suprima S 1.6 Executive (solid) RM76,338 

Proton Suprima S 1.6 Premium (metallic) RM79,988 

Proton Suprima S 1.6 Premium (solid) RM79,638




KENDERAAN : SPECIFIKASI PENUH DAN HARGA PROTON SUPRIMA S 2013

/Jika anda meminati siri TV Discovery Biker Build Off anda pasti kenal dengan nama Billy Lane. BIlly Lane menghasilkan motosikal kustom dari bengkel beliau di Miami. Malangnya Billy Lane kini di dalam penjara kerana kesalahan memandu ketika mabuk sehingga mengakibatkan kematian seorang pemandu motosikal. Motosikal 1917 Henderson di bawah ialah antara motosikal beliau yang paling cantik. Ianya motosikal moden dengan kemasan seakan motosikal awal kurun ke 20. Suspensi hadapan masih menggunakan leaf spring. Tapi jangan tertipu dengan rekaan oldskollnya. 1917 Henderson dilengkapi enjin 1000 cc. 




Laporan asal Lichter Photography

KENDERAAN MENARIK : MOTOSIKAL KUSTOM 1917 HANDERSON

Mercedes Benz T80 ialah kereta berdoa enam dengan enjin berkuasa 3000 kuasa kuda yang dihasilkan oleh Mercedes pada tahun1937. Tujuan asal kereta berenjin pesawat kapal terbang Messerschmitt Bf 109 ini direka ialah bagi memecahkan rekod kenderaan darat paling pantas di dunia. Ianya adalah projek khas Adolf Hitler bagi memberikan prestij kepada negara Jerman pada masa itu. T80 direka oleh Ferdinand Porsche dan pada tahun 1939 ianya siap dibina. Enam buah tayar digunakan bagi memastikan kuasa yang dihasilkan dapat dipindahkan ke permukaan jalan raya. Mercedes Benz percaya kereta buatan mereka mampu memecut melebihi 600 kilometer sejam. Sepatutnya percubaan memecahkan rekod diadakan pada tahun 1940 di atas Autobahn tetapi ianya dibatalkan kerana meletusnya Perang Dunia Kedua. Kenderaan berprestasi tinggi ini kemudiannya disorokkan di Austria. Kini anda boleh melihat T80 di Muzium Mercedes Benzdi Stuttgart. 




Laporan asal GTSpirit

KENDERAAN : MERCEDES BENZ T80 : KERETA 3000 KUASA KUDA

About