, ,

Agama : Denda, Jika Pakai Baju Dedah Aurat di Kelantan!

As-Salam.
Negeri Kelantan, negeri digelar Cik Siti Wan Kembang, negeri yang dikatakan miskin oleh sesetengah pihak (klik sini) namun ada beberapa perkara yang menarik yang ada di sana tetapi tidak terdapat di negeri-negeri lain di dalam Malaysia.

Dah memang bertuah, negeri Kelantan .... kalau dipandang akan awek-awek yang ada di sana, perghh memang cantik dan menawan. Dan kata orang, dalam banyak-banyak tempat kat Kelantan, Pasir Mas .. sering menjadi tumpuan, kerana di situ ramai gadis dan perempuan punyai wajah yang cantik-cantik belaka. Malah ada kata, gadis Pasir Mas pandai menjaga susuk tubuh agar sentiasa menawan.

Sementelaah demikian, kat negeri Kelantan, tak boleh suka-suka si gadis nak tunjuk aset yang ada. Yelah, lagipun dari segi hukum syarak .... memang tak boleh. Nak ulas? Hmmm tak payah, sebab masing-masing dah tahu kan ..kan.

Buat mereka yang tidak tahu, di Kelantan, tak boleh pakai baju sebarangan ..sebab perempuan yang pakai baju dedah aurat akan kena denda, jadi jangan pelik andai ada selebriti atau artis bila mereka berada di Kelantan, penampilan mereka lebih sopan.

Memetik dari akbar:
“Saya tak tahu kalau pakai baju pendek dan tidak menutupi lengan salah di sisi undang-undang di Kelantan.” Demikian kata seorang remaja perempuan selepas dikompaun RM500 dalam operasi Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI).


Gadis itu adalah antara lima individu yang dikompaun kerana tidak menutup aurat, membuang puntung rokok di kawasan terbuka di samping tidak mempunyai lesen berniaga di kaki lima dan tidak menjaga kebersihan premis.

Sumber: Sinar Harian

Pendekatan yang begini harus dicontohi. Bukan untuk sekat kebebasan manusia untuk mengenakan pakaian yang mereka suka tetapi sebagai menjaga diri mereka daripada kecelakaan. Dan buat diri sendiri, kenalah tahu .... kan kan ...


Baca Selengkapnya - Denda, Jika Pakai Baju Dedah Aurat di Kelantan! http://www.hasrulhassan.com/2012/03/denda-jika-pakai-baju-dedah-aurat-di.html#ixzz2V27EnrQN
Under Creative Commons License: Attribution Share Alike
Follow us: @hasrulhassan on Twitter | bloghasrulhassan on Facebook

About