, ,

Berita Terkini : Penang Dilanda Ribut


PENANG DILANDA RIBUT!!! Update!!!!


Adakah Ini Satu Petanda? Suratan Atau Kebetulan??



Bukan bangunan UMNO Pulau Pinang sahaja yang dilanda ribut sebaliknya ribut turut melanda beberapa tempat lain di sekitar bandaraya yang pernah didiami oleh masyarakat Melayu yang taat setia mereka adalah kepada Sultan Kedah sebelum kedatangan Francis Light lebih 200 tahun lampau.

Sebelum ini dikatakan kecederaan tidak dapat dipastikan. Bagaimanapun pihak berkuasa menyatakan bahawa runtuhan bahagian atas bangunan UMNO telah menyebabkan ada mangsa yang tertimbus. Mangsa yang diselamatkan pula mengalami kecederaan parah.

Di Jalan Brown, dilaporkan terdapat pokok besar yang tumbang akibat dilanda ribut. Begitu juga di hadapan jalan masuk ke kediaman Ketua Polis Pulau Pinang, terdapat pokok tumbang yang menghalang lalu lintas.




Ribut turut menerbangkan beberapa buah motorsikal dan payung di hadapan Balai Polis Lebuh Pantai sekaligus menyebabkan kesesakan lalu lintas yang sangat teruk.

Pokok tumbang turut berlaku di Tanan Utama. Ada mangsa yang dihempap pokok berkenaan. Ketika artikel ini ditulis, pihak bomba sedang beetungkus lumus mengeluarkan mangsa. Turut dilaporkan terdapat mangsa yang mengalami kecederaan di kepala.

Di Empangan Air Itam, seorang lelaki Cina parah dihempap pokok tumbang.

Pokok tumbang turut menghempap kereta di Jalan Bayan Baru. Turut tumbang adalah beberapa batang tiang elektrik. Kebocoran arus eletrik turut dilaporkan akibat tiang elektrik tumbang.

Jumlah kecederaan dan kematian adalah seperti berikut:

Di Jalan Utama, mangsa adalah dua orang lelaki Melayu cedera parah dan ringan.

Di Empangan Air Itam seorang lelaki Cina yang dilaporkan parah sebelumnya telah meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.



Di Jalan MacCalister seorang lelaki India cedera.

Di hadapan Hotel Evergreen, seorang lelaki dan wanita terlibat tetapi tiada sebarang kecederaan. Bagaimanapun kereta mereka rosak teruk akibat ditimpa pokok.







0 comments:

About