Penerbangan Malaysian mengesahkan sebuah pesawatnya terhempas di Kudat jam 2.54 petang ini.Pesawat MASwing Twin Otter yang terbang dari Kota Kinabalu menuju Kudat itu terhempas di Kampung Sinsan.Bernama pula melaporkan, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, Mohd Affendy Ramin berkata pesawat yang dinaiki 16 orang itu terhempas di Kampung Sinsan dan menyebabkan dua mangsa cedera parah. "Panggilan kecemasan diterima pada pukul 2.54 petang dan jentera bomba bersama 11 anggota tiba di tempat kejadian 21 minit kemudian.
Ada awek cun depan anda di dalam LRT tetapi anda takut nak ambil gambar dan kantol? Mahu ambil gambar secara rahsia menggunakan telefon pintar anda? Belialah Slyphone. Ianya aksesori yang berfungsi seperti periskop yang membenarkan anda mengambil gambar orang dihadapan anda secara rahsia. Ianya dijual disini pada USD 19 (RM 62) sekeping

Laporan asal SlyPhone
GADJET : MEMUDAHKAN ANDA AMBIL GAMBAR SECARA RAHSIA
Ini adalah salah satu perkara yang amat membanggakan rakyat Malaysia khususnya dimana penyanyi terkenal Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Mat Zara’ai yang mula popular dengan single pertama beliau dalam lagu dan sebenarnya telah membawa beliau naik lebih tinggi hingga dikenali di peringkat antarabangsa.
Anak kelahiran Alor Star Kedah ini kini telah mengembangkan sayap dan popularitinya dengan lebih tinggi dimana lagu nyanyian beliau yang bertajuk “Live Your Life” telah diberi penghormatan yang begitu bermakna dimana lagu tersebut telah dijadikan sebagai soundtrack didalam salah satu game yang sangat popular didunia iaitu “Grand theft Auto 5″ atau lebih sinonim dengan nama GTA V yang baru sahaja di lepaskan baru-baru ini.
Perkara ini dilihat sebagai salah satu penghormatan kepada Malaysia kerana bukan senang bakat anak melayu untuk dipandang di peringkat antarabangsa hingga ke tahap ini. Tahniah kepada penyanyi tersebut.
MENARIK : LAGU YUNA JADI SOUNDTRACK DALAM GRAND THIEF AUTO V
Pengunjung di Pameran Kereta Frankfurt boleh melihat dengan jelas sistem keselamatan termasuk sensor, sistem brek dan beg udara pada model sedan itu yang biasanya tersembunyi di sebalik panel kereta biasa. Menurut TRW Automotive, kereta itu turut dilengkapi sistem tali pinggang keledar baru yang boleh bertindak balas mengikut situasi pemanduan selain mengelakkan pemandu beralih dari kedudukan mereka jika berlaku kemalangan, sekali gus mengurangkan risiko kecederaan lebih teruk.
Ketua Pegawai Eksekutif TRW, John Plant memaklumkan ciptaan kereta itu juga adalah sebahagian daripada usaha mereka untuk mengurangkan kadar kematian akibat nahas jalan raya di seluruh dunia.
"Beberapa fungsi lebih canggih termasuk sistem sokongan kecemasan pada kereta ini akan diperkenalkan pada masa hadapan," jelasnya lagi.
KENDERAAN : PELANCARAN KERETA LUTSINAR PERTAMA DI DUNIA
Subscribe to:
Posts (Atom)















































