ohtidak-permainan-90-an

budak2 yg lahir pd thn 70/80/90an mesti ingat mase skola rendah dulu2 kan: - * kat skola ade salesman jual buku cerita. ari ni bg list, esok mintak duit beli walaupun cerita buku tu dah tau. salesman susu pon camtu gak. * kat library, budak2 mmg baca buku tp just tengok gamba je. bile ade program Nilam, sebok semua nak pinjam buku. * RMT kat skola mkn x best, tp yg berduit pon join RMT, x phm..........* pakai pensel box yg bole bukak dpn blkg, pastu ade sharpener kat tgh2 die. * main lwn pemadam, syg nak guna utk padam. padahal itu fungsi sbnr, utk padam! * pakai pembaris yg bergerigi, kat dlm ade air pastu ade bende berkilat dlm air tu. * cikgu pakai pembaris kuning pjg. Ade pemegang kat tgh2 tp x penah nmpk cikgu pgg pon kat situ. * bulu ayam jd ramping krn sering dijadikan rotan. * time pendidikan seni, lukis sume boleh tp bile time kaler sume hampeh. ade gak buat anyaman pakai kertas warna, kolaj la, ape la... * main game 2D. super contra, super mario, street fighter, sume pakai tape. * jam tgn Boy London jd idaman, sbb bole tuka2 kaler ikut suhu n cuaca. * takut BCG tp lepas inject poyo la pulak... * balik skola beli JoJo xpon Dendang. Tora n Yoyo pon best gak.
Beli se mata2 nak mainan, coklat die x mkn pon. * Kasut berlampu kat tapak, yg iklan die kat tV bole tembak alien tu... * Siri kartun;DRaGON BALL, power rangers, ultraman, ninja turtles, Thundercats, maskman, Gaban dan mcm lg. jgn lupe sume ni sbb zaman skrg budak2 x smpt lyn bende2 ni..asyik ngadap tv n ps.. kite akan sentiasa berubah, cume asal-usul kite yg permanent. huhu~ ni la baru zaman kita kawan2 pas r kt member2 korang.... mesti diorg tersengeh2 bila bace mende nih XD copy22222 jgn xcopy...hahahahhaa.. ^__^
rindu mse zaman ni... E'e



lagi.. 
Bak kata Josh Lim founder Advertlets di Twitter, cerita Doraemon (alih bahasa) ni banyak membantu dia dan kanak-kanak berbangsa cina lain untuk bertutur di dalam bahasa melayu.
Majalah-majalah seperti Ujang, Gila-Gila dan APO? juga menyumbang kepada zaman kanak-kanak mereka yang lahir pada zaman 80-an dan membesar di zaman 90-an. Zaman yang tidak canggih seperti zaman dot com ini tetapi penuh gemilang dan dirindui selama-lamanya.
Update: Dash Yonkuro
Dash Yonkuro
Dan lain-lainnya? Polis sentri, galahpanjang, batu seremban, congkak, gasing, konda kondi, main cop tiang, gulu-gula 20 sen yang ada cincin tu, gula-gula warna warni 10 sen dapat 5 biji, ais krim pop yang boleh patah dua tu dan macam-macam lagi. Rindu kan zaman kanak-kanak kita? Hehe. Memang sekali je akan muncul dalam kehidupan. Oleh itu kalau kita dah ada anak, biarlah mereka lalui zaman kanak-kanak mereka dengan gembira seperti kanak-kanak lain (asalkan berbatas).

Kenangan : Ingat lagi dengan permainan ini?we re 90`s kid


Apa rahsia sebenar untuk mendapatkan Buffered Earnings (BE) Nuffnang ini? Sebenarnya rahsia itu telah lama dinyatakan oleh ramai blogger di dalam blog masing-masing. Cumanya, sikap segelintir blogger yang tidak mahu ambil peduli. Berharap tetapi tidak lakukan apa yang diberitahu.


Tips Buffered Earnings ramai dah berjaya dalam alam maya ini. Google sahaja, anda akan nampak banyak blog dah berikan tips, panduan, petua dan segala macam nenek mak untuk mendapatkannya. Tapi masih ada lagi blogger yang merengek manja, meminta-minta untuk mendapatkan BE tersebut.

Jujur kata, blog HH .... hanya pernah mendapat BE sekitar awal berblog dahulu je, dalam tahun 2008-2009 kalau tak silap ingatan tua HH ni. Ketika itu, trafik tidaklah selebat kini, apatah lagi ketika itu blog baru nak menapak dalam dunia blog Malaysia dengan jenama sendiri.

Rahsia sebenar .... rahsia yang dibukakan kepada semua oleh ramai blogger yang dah dapat BE ini ialah kerajinan dan ketekunan anda sebagai blogger melaksanakan 8 tips dan petua di bawah. Cuba lihat kembali petua dan tips diberikan mengenai Buffered Earnings (BE) daripada Nuffnang ini.

8 Tips dan Petua Iklan BE Blogger Malaysia

  • Lengkapkan biodata blogger di akaun Nuffnang - lebih telus lebih baik, lebih lengkap, lebih peluang untuk dapatkan BE. Lakukan setiap kali anda tukar layout blog anda.
  • Daftarkan semua blog yang ada, dan lengkapkan survey yang disediakan bagi setiap blog setiap minggu. Pastikan anda nyatakan niche dan tema yang betul untuk setiap blog tersebut.
  • Letak dan tempatkan ketiga-tiga kod iklan Nuffnang seperti yang mereka kehendaki. Iaitu di atas header blog (atau sama taraf dengannya), di bahagian atas sidebar untuk iklan skycrapper, dan letakkan iklan Nuffnang di antara posting atau entri anda.
  • Baca blog Nuffnang mengenai tawaran yang diberikan oleh mereka - seperti kontest, giveaway dan macam-macam aktiviti lagi. Respon dengan komen entri tersebut.
  • Sertai aktiviti yang dianjurkan agar mereka mengenali anda serta blog anda. Bukan mudah untuk mereka kenal beribu-ribu blog yang ada di alam maya.
  • Pastikan blog anda update dengan entri-entri terkini - paling tidak seminggu 2-3 kali. Rugi kalau BE ada tetapi tiada trafik ke blog.
  • Cerita atau buat entri mengenai Nuffnang di dalam blog anda, apa yang telah anda dapat, apa yang Nuffnang sediakan dan perkara yang ada kaitan dengan Nuffnang. Nak sokongan mereka, maka sokonglah mereka.
  • Jangan sombong dengan apa yang anda tidak ketahui tentang Nuffnang. Rajin-rajin interaksi dengan staff Nuffnang jika berlaku sesuatu yang anda tidak faham. Hantar tiket sesekali bertanyakan sesuatu mengenai Nuffnang.


Itulah antara banyak tips dan petua diberikan ramai blogger Malaysia mengenai Buffered Earnings (BE) oleh Nuffnang. Jika belek kembali, semuanya memerlukan ketekunan dan kerajinan anda di dalam melaksanakan apa yang dikatakan di dalam 8 tips dan petua iklan Buffered Earnings (BE) Nuffnang di atas. Jika tidak, jangan berharap sangat BE akan menyinggah di blog anda.

#Update - BE sebenarnya adalah kempen CPUV dalam Nuffnang.

*p.s: Nuffnang bukan satu-satunya medium pengiklanan untuk blog anda, cari alternatif jika anda fikir ia kurang memuaskan hati dan selera anda.

Tips : Rahsia Buffered Earnings (BE) Nuffnang Blogger Malaysia

Watak Lelaki Anime/Manga VS Watak Lelaki Dalam Dunia Nyata
Marilah bagimana rupa watak lelaki ini dalam dunia nyata. Sama tak?


Watak dalam anime/manga 
Watak dalam dunia nyata 








MENARIK : Watak Lelaki Anime/Manga VS Watak Lelaki Dalam Dunia Nyata

Kaki Gadis Comel ini Pasti Memikat Hati Anda
Bukan saja muka yang comel tetapi juga kakinya. Memang licin dan lurus sangat-sangat.








MENARIK : Kaki Gadis Comel ini Pasti Memikat Hati Anda

About