Showing posts with label Info Menarik. Show all posts
Showing posts with label Info Menarik. Show all posts
Apakah sejarah penggunaan rambut palsu oleh manusia? Sudah berapa lamakah rambut palsu digunakan oleh manusia? Baca infografik di bawah untuk jawapannya.




Laporan asal BuyWigs

INFO MENARIK : SEJARAH RAMBUT PALSU YANG ANDA TIDAK TAHU

Mesin layan diri di Malaysia biasanya menjual minuman dan makanan. Ianya bersaiz kecil dan mempunyai pilihan barangan yang terhad. Shop 24 ialah mesin layan diri yang berfungsi seperti sebuah kedai runcit. Ia berfungsi 24 Jam sehari tanpa memerlukan pekerja. Anda mempunyai pilihan 200 barangan runcit untuk dibeli. Anda boleh membayar menggunakan wang ringgit, kad kredit ataupun menggunnakan aplikasi mobil. Shop 24 dicipta di Belgium dan kini mereka mula melebarkan sayap ke Amerika Syarikat dan Australia. Rangkaian kedai Shop 24 diletakkan berhampiran kampus pelajar universiti. 




Laporan asal Shop24

MENARIK : KEDAI RUNCIT MESIN LAYAN SENDIRI

Apa ada pada logo?




Laporan asal Visually

MENARIK : SEJARAH DISEBALIK LOGO PENGELUAR KENDERAAN TERNAMA

Bulan lepas, Turbo Granny dari Jepun telah memecahkan rekod dunia pecut 100 meter bagi kategori 90 tahun keatas. Rekod tersebut telah dipecahkan di 30th Kyuushu Masters Athletics Championship Series pada 28 Julai lalu. Nenek yang bernama Mitsu itu telah menghabiskan larian 100 meter dalam masa 23.8 saat.


SUKAN : Wanita Berusia 90 Tahun Pecah Rekod Dunia 100 Meter

Seekor bayi Zonkey, iaitu spesies haiwan kacukan antara kuda belang dan keldai yang dinamakan Ippo, telah berjaya dilahirkan di sebuah rizab haiwan di Florence, Itali.


Induk jantan kepada Zonkey merupakan seekor kuda belang yang telah diambil oleh rizab haiwan ini selepas ia diselamatkan daripada sebuah zoo haram yang tidak mendapat tauliah penjagaan haiwan. Manakala, induk betina kepada Zonkey pula merupakan seekor keldai dari spesies Amiata, iaitu spesies yang sangat terancam.

Menurut Serena Aglietti, salah seorang pekerja di rizab haiwan berkenaan, memaklumkan dalam satu kenyataan bahawa "Ippo adalah satu-satunya sepesies haiwan itu yang ada di Itali".



MENARIK : SPESIS KACUKAN KELDAI DAN KUDA BELANG YANG BADASS

Di bawah menunjukkan kesan sampingan yang diterima oleh seorang skuba diving, kesan ini dipanggil Mask Squeeze. Mask Aqueeze terjadi disebabkan tekanan udara yang terperangkap di dalam mask menjadi terlalu tinggi semasa seseorang itu menyelam, kesan ini tidaklah kekal dan tidak juga berbahaya. Lebam merah aka nberansur pudar dalam masa 2 -3 minggu sama seperti lebam yang lain. So, kepada mereka yang nak berskuba diving pastikan mask yang anda pakai adalah sesuai.



INFO MENARIK : KESAN SKUBA DIVING YANG BADASS

Mesti salah satu korang pernah baca komik lagenda karya Mah Weng Seng ini. Hari ini Hot Toys menghasilkan figura aksi Penjejak Awan yang cool beans. Harga figura ini ialah HK 1280 (RM529) sebuah. Zaman asrama dulu buku ni habis duit beli dari jilid 1-100+ 




Laporan asal Hot Toys

MENARIK : FIGURA AKSI PENJEJAK AWAN PEDANG SETIAWAN

Expresi muka hampir sama je.




Laporan asal AsianTown

INFO MENARIK : KEHEBATAN PEMBEDAHAN PLASTIK KOREA SELATAN

Secara logiknya sebuah kapal terbang memerlukan sayap untuk terbang. Tanpa sayap pastinya mustahil untuk sebuah kapal terbang meluncur melawan graviti. Tetapi tahukah anda ada beberapa pesawat di dunia yang boleh terbang tanpa mempunyai sayap.


Martin Marietta X-24A ialah kapal terbang yang tidak mempunyai sayap. Well that is not really true. X24A mempunyai sayap tidak konvensional. Badan X-24A berfungsi sebagai pesawat. Rekaan badan sebegini dipanggil lifting body. Bentuk badan X-24 ialah aerofoil dan mampu menghasilkan daya apungan seperti sayap konvensional.

X-24A ialah salah sebuah dari beberapa kapal terbang yang dibina bagi menguji rekaan paling baik untuk shuttle angkasa NASA. Ianya dibina pada tahun 1969 dan digunakan sehingga 1975. Sepanjang tempoh eksperimen X-24A dilancarkan dari sebuah pesawat pengebom B-52 sebelum meluncur menggunakan sistem roket. Kelajuan maksimum yang berjaya dicapai ialah 1667 kilometer sejam. Kapal terbang tanpa sayap ini kini boleh dilihat di National Museum of the United States Air Force Ohio. 




Laporan asal The Brigade

INFO MENARIK : KAPAL TERBANG EKSPERIMENTAL TANPA SAYAP

Sering kita dengar "retis sekarang seksi je lebih bakat tak ada tak macam retis dulu dulu". Tak juga? Di bawah ialah muka hadapan majalah hiburan terkemuka Malaysia URTV dari keluaran pertama (1970) yang memaparkan Seniwati Sarimah sehinggalah rekaan muka hadapan pertengahan 90an.




Laporan asal FilemKlasikMalaysia

INFO MENARIK : EVOLUSI MUKA HADAPAN MAJALAH URTV

Stesen Keretapi Flinders Street ialah stesen kereta tertua diAustralia. Ianya terletak di Melbourne dan dibuka pada tahun 1909. Stesen ini masih lagi berfungsi dan dianggarkan 89 000 penumpang menggunakan stesen ini setiap hari. Pada tahun 2011, kerajaan tempatan bercadang memodenkan stesen keretapi bersejarah ini dan 6 buah rekaan kini bersaing untuk dipilih sebagai rekaan akhir. Di bawah ialah salah sebuah rekaan akhir yang terpilih dan ianya direka oleh Firma Herzog & De Meuron. Rekaan mereka menggabungkan bangunan asal stesen yang ikonik dengan rekaan kontemporeri moden. Sangat cool melihat bangunan bersejarah diberikan sentuhan moden. 


Tak macam penjara pudu, sedih.


Laporan asal DesignBoom

TEMPAT MENARIK : REKAAN MODEN FLINDERS STREET STATION MELBOURNE

Kaki................. 




Laporan asal Visually

INFO MENARIK : 17 FAKTA MENGENAI KAKI

Perang penghapusan etnik di Bosnia berlangung dari 1 Mac 1992 hingga 14 Disember 1995. Perang saudara ini mengakibatkan kematian lebih dari 100 000 tentera dan orang awam. Majoriti yang mati adalah penduduk Bosnia dan dianggarkan 33 071 orang awam dibunuh sepanjang konflik berdarah ini. Ramai yang mati akibat dibunuh skuad pembunuh tentera Serb dan mayat mereka ditanam di dalam kubur massa seluruh Bosnia. Selepas berakhirnya konflik ribuan jenazah mangsa pembunuhan beramai-ramai ini ditemui dan proses mengenal pasti mangsa dijalankan. 


Ziyah Gafic ialah seorang jurugambar yang berasal dari Sarajevo. Sejak 1999 beliau terlibat di dalam projek mengenal pasti identiti mangsa. Beliau mengambil ribuan gambar objek yang ditemui pada mayat yang digali dari kubur-kubur mangsa perang. Pihak berkuasa berharap ada ahli keluarga mangsa yang mungkin mengenali objek yang dikenali dan ini diharap dapat digunakan untuk mengenal pasti identiti mangsa. Gambar yang diambil beliau kini dibukukan di dalam buku bertajuk Quest For Identity. 



Laporan asal Ziyah Gafic

MENARIK : KATALOG BARANG-BARANG YANG DITEMUI DI DALAM KUBUR MANGSA PENGHAPUSAN ETNIK BOSNIA

About