Showing posts with label Fesyen. Show all posts
Showing posts with label Fesyen. Show all posts

seluar jeans,levis


Di sinilah para pelombong tambah menyukai seluar buatan Strauss dan "menobatkan"
Pernah tidak terlintas difikiran? kenapa seluar jeans selalu ada saku kecil di bahagian sebelah kanannya? Sekali pandang saku kecil ini tak ada fungsinya selain hanya tampalan untuk menambah aksentuasi gaya pemakainya, atau mungkin ciri khas seluar jeans. Namun, dari saku comel inilah sebenarnya boleh dibaca sejarah seluar yang dipopularkan oleh Levi Strauss tahun 1880 ini, lapan tahun selepas jeans masuk ke Amerika Syarikat (AS) tahun 1872.

Sebagai jenis tekstil, jeans pertama kali dibuat di Genoa, Itali tahun 1560-an. Kain seluar ini biasa dipakai oleh angkatan laut. Orang Perancis menyebut seluar ini dengan sebutan "bleu de Genes", yang bererti biru Genoa. Meski tekstil ini pertama kali dihasilkan dan digunakan di Eropah, tetapi sebagai fashion, jeans dipopularkan di AS oleh Levi Strauss, seorang pemuda berusia dua puluh tahunan yang mengadu nasibnya ke San Francisco sebagai peniaga pakaian. Ketika itu, AS sedang dilanda demam emas.

Akan tetapi, sampai di California semua barangnya habis terjual, kecuali sebuah khemah yang terbuat dari kain kanvas. Kain kanvas ini dipotongnya dan dibuatnya menjadi beberapa seluar yang dijual pada para pekerja lombong emas. Dan ternyata para pekerja menyukainya kerana seluar buatan Strauss tahan lama dan tak mudah koyak. Merasa mendapat peluang, Strauss menyempurnakan "penemuannya" dengan memesan bahan dari Genoa yang disebut "Genes", yang oleh Strauss diubah menjadi "Blue Jeans".

Di sinilah para pelombong tambah menyukai seluar buatan Strauss dan "menobatkan" seluar itu sebagai seluar rasmi para pelombong. Para pelombong emas itu menyebut seluar Strauss dengan "those pants of Levi` s "atau" Celana Si Levi ". Sebutan inilah yang memulakan tanda dagang pertama seluar jeans pertama di dunia.

Naluri perniagaan Strauss yang tajam membuatnya mengajak pengusaha sukses Jakob Davis untuk bekerja sama, dan pada tahun 1880 kerja sama itu melahirkan kilang seluar jeans pertama. Dan produk reka bentuk mereka yang pertama adalah "Levi` s 501 ".

Produk reka bentuk pertama memang dikhaskan bagi para pelombong emas. Seluar ini mempunyai 5 saku, 2 di belakang dan 2 di depan, dan 1 saku kecil dalam saku depan sebelah kanan. Kerana diperuntukkan bagi para pelombong, saku ini tentu bukan untuk bergaya-ria. Tetapi saku atau poket comel kecik molek ini dirancang untuk menyimpan butiran-butiran emas yang berukuran kecil.

FESYEN : FUNGSI SEBENAR POKET KECIL PADA SELUAR JEANS KORANG

Gadis ini juga mengelar dirinya Miss Spelled 2013. This is owsome!




FESYEN : DRESS WANITA VERSI NERD

Di Malaysia sabut kelapa dijadikan bahan api. Sabut kelapa juga digunakan dalam pertanian tetapi siapa sangka sabut kelapa juga boleh dijadikan bahan untuk menghasilkan kasut tinggi. Natural Selection ialah koleksi kasut rekaan Liz Ciokajlo. Beliau menggunakan gabungan latex, serat Flax dan sabut kelapa sebagai bahan asas kasut rekaan beliau. 




Laporan asal Dezeen

FESYEN : KASUT DARI SABUT KELAPA

Ray Ban Clubmaster ialah rekaan cermin mata hitam yang ikonik. Sejak diperkenalkan pada tahun 1986, jutaan Clubmaster telah dijual. Ray Ban kini memeperkenalkan Clubmaster edisi aluminium. Nampak lebih cool dari versi plastik yang sering kami lihat. Harga sepasang bermula dari USD 195 (RM 625) dan terdapat 4 pilihan warna. 





Laporan asal Extravaganzi

FESYEN : RAY BAN CLUBMASTER EDISI ALUMINIUM

Emma Montague ialah seorang lulusan Royal College of Art dalam pengkhususan penghasilan barang kemas dan barangan logam. Pada suatu hari beliau perasan tangkai cermin mata hitam beliau kelihatan seperti rahang haiwan. Beliau mendapat inspirasi untuk menghasilkan koleksi cermin mata hitam yang menggunakan rahang rusa dan kambing. Hasilnya ialah koleksi cermin mata hitam yang cool tetapi pada masa yang sama agak berbeza. 





Laporan asal StreetAnatomy

FESYEN : CERMIN MATA HITAM DENGAN TULANG RAHANG RUSA

Pereka fesyen yang berasal dari China, Chris Lu telah mempamerkan kasut tinggi bersalut emas yang diselaputi berlian rekaannya untuk dijual kepada umum. Kasut tersebut menyerupai bentuk sebuah Rolls-Royce Phantom iaitu sebuah jenama kenderaan kelas mewah milik British. Sebagai pereka, ciptaan kasut rekaan beliau merupakan satu penghormatan kepada syarikat kereta lagenda itu. 




Fesyen : Kasut Rolls-Royce Phantom Besalut Emas

Walaupun rekaan coraknya mungkin kelihatan seperti biasa sahaja, tapi disebaliknya terdapat satu bekas untuk menyimpan air. Boleh la minum sorok-sorok masa mesyuarat panjang ke hehe




kerana cawan adalah tidak cool hehe




Fesyem : Flasktie Tali Leher Dengan Ruang Simpanan Air

About