, ,

Info Menarik : Website untuk membuang masa--haha

Biasanya website itu dibuat dengan tujuan seperti update maklumat atau sebagai media sosial dan promosi. Namun begitu, isuhangat ingin berkongsi 5 website yang dibina dengan tujuan untuk menghabiskan masa pengunjungnya sahaja. Tak pasti apa tujuan webmaster web2 tersebut membuat web ini . Maaf tujuannya hanya satu ‘untuk membuang masa’ dan menghilangkan boring tahap gaban.
1. Eternal Moonwalk
website untuk membuang masa
Website ini dibuat sebagai tribute to Michael Jackson. Kandungannya hanyalah video-video berkaitan dengan ‘moonwalk’sahaja.
2. Paper Toilet
website untuk membuang masa
Begitu juga website ini kita cuma akan menarik 1 roll tissue tandas. Tidak ada petunjuk dan navigation apapun. Pointnya adalah, kita cuma roll tissue sampai habis. Tidak ada reward papun.hehe. Benar-benar membuang masa, tapi dari sudut positif, kita boleh menghabiskan tisu tanpa perlu mengurangkan jumlah pokok di dunia ini.
3. Falling Sand
website untuk membuang masa
Seperti tajuknya, falling sand. Klik website ini dan kita akan terus melihat pasir yang berwarna warni jatuh dari atas. klik dan tarik garis disana sini, mainkan pasirnya, itu sahaja, cuma itu kandungannya.
4. Horse Quartet
website untuk membuang masa
Ada 4 kuda, dan semuanya pandai bernyanyi atau bersuara. Gambar yang lucu, suara2 yang menarik, membuat kita terhipnotis sesaat. Main dan kombinasikan semuanya, kita yang kawal.
5. Screaming Bean
website untuk membuang masa
Nak lepaskan geram pada Mr Bean? Kacang lari dan kita picit sampai leper. Animasinya sangat memprovokasi kita untuk melakukannya. Tak percaya? cubalah sendiri.

About