, ,

"Funkybod", Push Up Bra Khas Untuk Kaum Lelaki

Diberi nama Funkybod, produk ini merupakan push up bra yang di reka khusus untuk kaum lelaki. Produk yang aneh tapi berguna itu boleh menjadi jalan penyelesaian untuk kaum lelaki yang mendambakan bentuk tubuh bagaikan seorang atlit. Dengan mengenakan Funkybod, mereka boleh memiliki otot dada dengan bentuk yang sama seperti bersenam di gimnasium.


Fesyen yang berasal dari London ini amat berbeza dengan bra untuk kegunaan kaum wanita pada umumnya. Push up bra ini direka dengan menggunakan bahan yang menjamin keselesaan dan membuatkan kulit mudah untuk bernafas.

Funkybod juga dilengkapi dengan bahan keras di bahagian dada. Oleh itu, produk ini dapat membuatkan tubuh si pemakainya kelihatan lebih sasa. Tak hanya digunakan oleh mereka yang mempunyai badan yang berisi, ia juga dikatakan sangat sesuai dikenakan oleh lelaki yang bertubuh kurus. 

Push up bra ini juga dapat digunakan pada bila-bila masa. Untuk kelihatan segak dan bergaya, ia sesuai dipakai bersama dengan seluar jeans dan jaket.

Funkybod dijual dalam empat jenis ukuran, di antaranya adalah Extra Small, Small, Medium dan Large. Ia turut mempunyai tiga warna pilihan, iaitu putih, hitam, dan kelabu.

Dikutip dari Gizmodiva, produk ini dijual di laman web rasmi Funkybod. Anda boleh membelinya pada harga sekitar US$ 50 sahaja.



0 comments:

About