Berita Terkini : Konspirasi gulingkan Morsi - Pemimpin arab terlibat salur dana kepada penentang presiden


Kejatuhan Presiden Mesir, Dr Muhammad Mursi, masih menjadi tanda tanya di kalangan para peneliti politik Timur Tengah. Siapakah sebenarnya di belakang gerakan menjatuhkan beliau? Golongan pembanghkang? Tentera? Atau siapa?

Di antara sebab rasa tidak puas hati rakyat Mesir terhadap pemerintahan Presiden Dr. Muhammad Mursi ialah keadaan ekonomi yg memburuk dan keamanan yg meruncing. Bekalan petrol yg tidak mencukupi, menyebabkan kereta2 terpaksa beratur panjang di stesyen2 minyak. kekurangan gas masak juga menyulitkan suri rumah dan restauran2. Elekterik pula seringkali terputus.

Di samping itu kadar jenayah bertambah. Rompakan, kecurian, serangan dan seumpamanya semuanya membuat rakyat merasa resah dan tidak selamat. Polis tidak menjalankan tugas mereka dan seolah2 tidak wujud. Trafik tidak terkawal dan jalan raya menjadi sesak serta tak keruan.

Anda dapat melihat pada masa kempen tunjuk perasaan yg membawa kpd kejatuhan Mursi bagaimana banyak pejabat-pejabat Partinya dan juga markas Ikhwan Muslimun telah dibakar begitu sahaja tanpa ada pihak polis cuba menghalangnya. Begitu juga serangan-serangan ke atas penyokong-penyokong Mursi dibiarkan begitu sahaja tanpa polis masuk campur.

Akan tetapi apabila Mursi jatuh segala-galanya kembali pulih seperti biasa dalam sekelip mata. Bekalan petrol, gas dan elektrik semuanya menucukupi dan tidak terputus-putus lagi. Malah polis mula muncul, bukan untuk mengawal jenayah, tetapi untuk mengambil tindakan ke atas penyokong-penyokong Mursi.

Konspirasi ini melibatkan banyak pihak. Selain puak pembangkang yang sebenarnya tidak berdaya untuk menghadapi Mursi dan Ikhwan, konspirator besar terdiri daripada saki baki regim Mubarak, termasuk pihak tentera sendiri, yg menguasai ekonomi dan masmedia di Mesir.

Tentera umpamanya menguasai kira-kira 40% darpada ekonomi Mesir, terutamanya dalam bidang pengeluaran barangan. Kroni-kroni Mubarak juga tidak kurang penguasaanya ke atas ekonomi Mesir. Gudang-gudang simpanan barangan dimiliki mereka. Syarikat2 pengangkutan yang berperanan mengedar barangan dalam tangan mereka.

Banyak stesyen- stesyen TV swasta dikuasai mereka dan salah sebuah syarikat akhbar swasta terbesar di Mesir juga dipunyai oleh mereka. Mereka memberi kemudahan infra struktur kepada puak pembangkang. Pejabat dan kenderaan disediakan.

Konspirator besar lain ialah beberapa buah negara Teluk. Mereka dikatakan membiayai puak pembangkang dan tidak pernah menghulurkan sebarang bantuan kewangan kepada kerajaan Mursi.

Tetapi apabila jatuh sahaja Mursi, mereka berlumba-lumba menyalurkan bantuan kepada Mesir tanpa rasa malu atau segan. Arab Saudi memberi sebanyak 5 bilion USD, Imarat 3 bilion dan akhir sekali Kuwait 4 bilion. Begitu besar sekali kebencian mereka kepada sebuah pemerintahan yang ingin melaksanakan ajaran Islam.

Memandang ke belakang, orang mungkin menyalahkan Mursi, partinya dan Ikhwan Muslimun kerana kegagalan mereka membersihkan Mesir daripada saki baki atau "fulul" regim Mubarak, sehingga memungkinkan mereka mengatur kobspirasi untuk menjatuhkannya.

Mereka terdiri dari pihak tentera, polis dan Kementerian Dalam Negeri, para hakim dan pendakwa raya serta tokoh-tokoh besar dalam ekonomi dan media massa. Mursi dikatakan banyak membuat kompromi dengan tentera dan membiarkan mereka meneruskan penguasaan dalam bidang ekonomi dan menentukan bajet mereka sendiri serta urusan kenaikan pangkat.

Begitu juga dengan pihak kepolisian dan Keselamatan Dalam Negeri. Hubungannya dg pihak kehakiman penuh dg ketegangan. Percubaannya untuk "mempersarakan" para hakim lebih awal tidak kesampaian.

Akan tetapi, apakah Mursi berdaya untuk membersihkan Mesir daripada kuncu-kuncu Mubarak dalam waktu yang singkat yg penuh dg penentangan sejak dri hari pertama menjadi presiden malam sbelum daripada itu. Ingat tidak bagaimana Ahmad Shafiq, calon Presiden yang menentang Mursi, yang berupa salah seorang "fulul" Mubarak, dapat memberi saingan yang begitu hebat kpd Mursi?

Rasanya kalau Mursi cuba berbuat demikian, awal2 lagi tentera akan turun tangan dan menggulingnya. benzaini TKO

0 comments:

About